Khamis, 9 Jun 2011

Hari Keluarga Di Linggi

Lama rasanya Pak Ngah tak tulis amenda di sini. Rindu gak Pak Ngah kat depa semua. Jadi hari ni Pak Ngah nak tulis sikit la luahan rasa hati Pak Ngah ni.

Baru-baru ni 4 dan 5 Jun, 2011, keluarga kami (Keluarga Nek Temah dan Tok Sahak) mengadakan Hari Keluarga kat Linggi. Pak Ngah sekeluarga rasa terkilan dan terharu gak kerana tak dapat sama. Tapi Mak Usu pi wakil kami keluarga Abu Hanipah.

Bila Pak Ngah tengok gambar-gambar video yang Mak Usu uploadkan dalam youtube, meleleh gak airmata Pak Ngah. Seronok depa semua. Ada macam-macam aktiviti depa buat. Seronok gak tengok Tok Mat tergolek rebut kerusi. Mat Tyson (Said) pakai baju pompuan, menang pulak tu ratu pon... Hai memang seronok. Tahniah bu at Tok Usu Inoi dan Mak Usu Idah yang berjaya menganjurkan buat kali kedua.

Pak Ngah sekeluarga mohon maaf la sebab tak dpt join tahun ni. Hari yang sama tarikh tu Pak Ngah ada kuliah kat Melaka. InsyaAllah, jika tiada aral, tahun depan Pak Ngan nak cuba join gak. Ok, semoga kaluarga kita akan sentiasa berada di dalam keadaan gembira dan diberi kesihatan yangb berpanjangan untuk terus bersama.

Tengoklah gelagat semua kat http://www.youtube.com/watch?v=bdRqrTpZjyU

Selasa, 8 Disember 2009

Saifullah anakku

Ni la video Saifullah. Kalau rindu, tengok la....


Sabtu, 28 November 2009

Hari Raya Aidil Adha

Orang kampung berhari raya di rumah kami

Tahun ini Hari Raya Aidil Adha memberi 2 makna dalam hidup kami. Mak Ngah dan Abu Saifullah direhatkan di hospital kerana Abu Saifullah kena demam kuning. Jadi terpaksalah Mak Ngah dan Saifullah beraya di hospital. Walaubagaimanapun petang semalam (hari raya pertama) Mak Ngah dan Saifullah dah dibenarkan balik setelah 3 hari di hospital.

Pak Long dan kelurga pula tak disangka-sangka sampai pada petang sehari sebelum hari raya. Jadi sempatlah dia bertahlil dan bertakbir bersama-sama kami pada malam itu. Sufian pula tinggal di sini selama sebulan. Hari ini Sufian ikut Pak Husin ke Yong Peng, rumahnya.

Pak Lang dan Mak Lang biasalah. Dia sampai awal dan sampai hari ini masih di sini. Pak Usu dan Mak Usu sampai tenghari hari raya. Kalau dia sampai, huh, riuh dibuatnya. Papa Muda pula balik ke kampung emaknya dan lepas itu sibuk dengan urusan korban di suraunya. Beah pula sedang mengadap SPM, jadi mereka tak dapat balik. Tak apa la sebab dia orang semua tu selalu balik. Pak Ngah doakan agar Beah dipermudahkan menjawab soalan dan seterusnya berjaya dengan cemerlang.

Jumaat, 20 November 2009

Angka 17 cukup bermakna buat Saifullah


Angka 17 amat bermakna buat Saifullah. Dia dilahirkan pada 17 November, 2009 jam 17:17 petang. Ini akan jadikan kenangan buat kami khususnya Saifullah.

Baby Pak Ngah dah ada nama

Nenek-nenek Saifullah yang datang ketika dilahirkan

Bayi Pak Ngah yang dilahirkan pada 17 November, 2009 (Selasa), telah pun diberi nama, Abu Saifullah bin Abu Saifuddin. Mulanya Pak Ngah ingat nak beri nama Muhammad Abu Qamarul Ariffin tetapi memandangkan nama tu terlalu panjang maka Pak Ngah tukar. Maksudnya Bapa Pedang Allah. Nama Pak Ngah pulak maksudnya Bapa Pedang Agama. Ok la tu....

Khamis, 19 November 2009

Aby dapat 4A 1B

Muhammad Abu Khair atau kita biasa panggil dengan nama Aby telah mendapat 4A 1B dalam keputusan UPSR 2009 hari ini (19/11/2009). Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa Inggeris, dan Matematik telah mendapat gred A sementara 1B adalah bagi matapelajaran Sains. Sementara dalam ujian PAFA (Perkara Asas Fardhu Ain), Aby mendapat gred 1.

Lebih membanggakan hari ini, Aby telah mendapat anugerah Pelajar Terbaik dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Agama Islam. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Tuan Hj Zakaria bin Othman dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan, SK Sri Tangkak yang diadakan pada hari yang sama. Tahniah diucapkan kepada Muhammad Abu Khair. Semoga akan terus berjaya di dalam semua bidang yang dicita-citakannya.

Mak Ngah dah selamat bersalin

Ni la baby Pak Ngah dan Mak Ngah

Hari ini, 17/11/2009 (Selasa), Mak Ngah telah selamat melahirkan anak lelaki kira-kira jam 5.45 petang. Kedua-duanya sihat. Kami sangat gembira bila melihat bayi tersebut dilahirkan secara normal dengan beratnya 3.58 kilogram. Namanya belum ada lagi. Tengah dok fikir. Tunggulah hari Jumaat nanti.

Selasa, 17 November 2009

Mak Ngah masuk hospital

Ni gambar Mak Ngah dengan anak kami, Abu Zamri.

Semalam, 16 November, isteri Pak Ngah, Rokiah bte Mas, masuk wad bersalin. Mak Ngah bakal melahirkan anak walaupun belum tiba masanya. Manurut doktor, Mak Ngah perlu masuk hospital demi keselamatan anak di dalam kandungannya kerana Mak Ngah mengidap darah tinggi. Sama-samalah kita doakan agar Mak Ngah selamat bersalin. Begitu juga dengan anak kami.

Ahad, 15 November 2009

Hj Sulaiman Esa meninggal dunia

Nilah gambar atuk dengan emak kali terakhir di Hari Raya Aidilfitri

Hari ini 15/11/2009, merupakan hari sedih untuk keluarga kami. Ninda yang kami sayangi telah meninggalkan kami kira-kira jam 12.00 tengahari tadi. Beliau, Hj Sulaiman bin Esa yang dilahirkan pada 29/06/1910 berusia 99 tahun meninggal dunia kerana sakit tua. Jenazah beliau telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Tangkak jam 6.00 petang.

Marilah sama-sama kita doakan agar roh ninda kita di tempatkan di sisi Allah bersama-sama orang yang beriman. Sedekahkan fatihah untuk beliau. ALFATIHAH...

Sabtu, 14 November 2009

Pak Ngah balik kampong di Sarawak

Ni, gambar Pak Ngah dapat ikan pari.
Yang tengah tu mertua Pak Ngah, Mas Kawi namanya.
Sebelahnya pulak Usu Sanai, adik mertua Pak Ngah.

Aha...Pak Ngah baru saja balik dari kampung Mak Ngah di Sarawak. Seronoknya bila dapat balik kampung. Pak Ngah balik sebelum menyambut bulan Ramadhan tempoh hari. Semua keluarga Pak Ngah balik kecuali Aishah dan Zamri, sebab merea nak periksa masa tu.

Kampung Mak Nga ni namanya Kampung Betanak. Terletak di Pulau Beruit, Daro, Sarawak. Kalau dulu susah nak gi sebab kena naik bot 8 jam. lalu Laut Cina Selatan lagi. Tapi sekarang dah senang, ada bot laju, 1 jam setengah dah sampai.

Ha... siapa nak pergi kena sediakan duit dulu...seronok tau.