Ni la video Saifullah. Kalau rindu, tengok la....
Selasa, 8 Disember 2009
Sabtu, 28 November 2009
Hari Raya Aidil Adha
Pak Long dan kelurga pula tak disangka-sangka sampai pada petang sehari sebelum hari raya. Jadi sempatlah dia bertahlil dan bertakbir bersama-sama kami pada malam itu. Sufian pula tinggal di sini selama sebulan. Hari ini Sufian ikut Pak Husin ke Yong Peng, rumahnya.
Pak Lang dan Mak Lang biasalah. Dia sampai awal dan sampai hari ini masih di sini. Pak Usu dan Mak Usu sampai tenghari hari raya. Kalau dia sampai, huh, riuh dibuatnya. Papa Muda pula balik ke kampung emaknya dan lepas itu sibuk dengan urusan korban di suraunya. Beah pula sedang mengadap SPM, jadi mereka tak dapat balik. Tak apa la sebab dia orang semua tu selalu balik. Pak Ngah doakan agar Beah dipermudahkan menjawab soalan dan seterusnya berjaya dengan cemerlang.
Jumaat, 20 November 2009
Angka 17 cukup bermakna buat Saifullah
Baby Pak Ngah dah ada nama
Bayi Pak Ngah yang dilahirkan pada 17 November, 2009 (Selasa), telah pun diberi nama, Abu Saifullah bin Abu Saifuddin. Mulanya Pak Ngah ingat nak beri nama Muhammad Abu Qamarul Ariffin tetapi memandangkan nama tu terlalu panjang maka Pak Ngah tukar. Maksudnya Bapa Pedang Allah. Nama Pak Ngah pulak maksudnya Bapa Pedang Agama. Ok la tu....
Khamis, 19 November 2009
Aby dapat 4A 1B
Muhammad Abu Khair atau kita biasa panggil dengan nama Aby telah mendapat 4A 1B dalam keputusan UPSR 2009 hari ini (19/11/2009). Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa Inggeris, dan Matematik telah mendapat gred A sementara 1B adalah bagi matapelajaran Sains. Sementara dalam ujian PAFA (Perkara Asas Fardhu Ain), Aby mendapat gred 1.Lebih membanggakan hari ini, Aby telah mendapat anugerah Pelajar Terbaik dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Agama Islam. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Tuan Hj Zakaria bin Othman dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan, SK Sri Tangkak yang diadakan pada hari yang sama. Tahniah diucapkan kepada Muhammad Abu Khair. Semoga akan terus berjaya di dalam semua bidang yang dicita-citakannya.
Mak Ngah dah selamat bersalin
Hari ini, 17/11/2009 (Selasa), Mak Ngah telah selamat melahirkan anak lelaki kira-kira jam 5.45 petang. Kedua-duanya sihat. Kami sangat gembira bila melihat bayi tersebut dilahirkan secara normal dengan beratnya 3.58 kilogram. Namanya belum ada lagi. Tengah dok fikir. Tunggulah hari Jumaat nanti.
Selasa, 17 November 2009
Mak Ngah masuk hospital
Semalam, 16 November, isteri Pak Ngah, Rokiah bte Mas, masuk wad bersalin. Mak Ngah bakal melahirkan anak walaupun belum tiba masanya. Manurut doktor, Mak Ngah perlu masuk hospital demi keselamatan anak di dalam kandungannya kerana Mak Ngah mengidap darah tinggi. Sama-samalah kita doakan agar Mak Ngah selamat bersalin. Begitu juga dengan anak kami.
Ahad, 15 November 2009
Hj Sulaiman Esa meninggal dunia
Hari ini 15/11/2009, merupakan hari sedih untuk keluarga kami. Ninda yang kami sayangi telah meninggalkan kami kira-kira jam 12.00 tengahari tadi. Beliau, Hj Sulaiman bin Esa yang dilahirkan pada 29/06/1910 berusia 99 tahun meninggal dunia kerana sakit tua. Jenazah beliau telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Tangkak jam 6.00 petang.
Marilah sama-sama kita doakan agar roh ninda kita di tempatkan di sisi Allah bersama-sama orang yang beriman. Sedekahkan fatihah untuk beliau. ALFATIHAH...
Marilah sama-sama kita doakan agar roh ninda kita di tempatkan di sisi Allah bersama-sama orang yang beriman. Sedekahkan fatihah untuk beliau. ALFATIHAH...
Sabtu, 14 November 2009
Pak Ngah balik kampong di Sarawak
Sebelahnya pulak Usu Sanai, adik mertua Pak Ngah.
Aha...Pak Ngah baru saja balik dari kampung Mak Ngah di Sarawak. Seronoknya bila dapat balik kampung. Pak Ngah balik sebelum menyambut bulan Ramadhan tempoh hari. Semua keluarga Pak Ngah balik kecuali Aishah dan Zamri, sebab merea nak periksa masa tu.
Kampung Mak Nga ni namanya Kampung Betanak. Terletak di Pulau Beruit, Daro, Sarawak. Kalau dulu susah nak gi sebab kena naik bot 8 jam. lalu Laut Cina Selatan lagi. Tapi sekarang dah senang, ada bot laju, 1 jam setengah dah sampai.
Ha... siapa nak pergi kena sediakan duit dulu...seronok tau.
Kampung Mak Nga ni namanya Kampung Betanak. Terletak di Pulau Beruit, Daro, Sarawak. Kalau dulu susah nak gi sebab kena naik bot 8 jam. lalu Laut Cina Selatan lagi. Tapi sekarang dah senang, ada bot laju, 1 jam setengah dah sampai.
Ha... siapa nak pergi kena sediakan duit dulu...seronok tau.
Anak dara Pak Ngah dan Papa Muda
Jumaat, 13 November 2009
Anak buah kita ambil periksa
Tahun ini merupakan tahun paling ramai anak buah kita ambil periksa UPSR, PMR dan SPM:
1. Muhammad Abu Khair bin Abu Saifuddin - UPSR.
2. Nur Hidayah bte Abd Halim - UPSR.
3. Abu Sufian bin Abu Zai Saidi - PMR.
4. Abu Zamri bin Abu Saifuddin - SPM.
5. Robeatul-Adawiyah bte Abd Halim - SPM
Sama-sama kita doakan agar mereka semua berjaya dengan cemerlang.
1. Muhammad Abu Khair bin Abu Saifuddin - UPSR.
2. Nur Hidayah bte Abd Halim - UPSR.
3. Abu Sufian bin Abu Zai Saidi - PMR.
4. Abu Zamri bin Abu Saifuddin - SPM.
5. Robeatul-Adawiyah bte Abd Halim - SPM
Sama-sama kita doakan agar mereka semua berjaya dengan cemerlang.
Tok Anjang dan Nek Anjang Gi Mekah
Tahun ni giliran Mohd Rokman Hj Ishak (Tok Anjang) dan Misnah (Nek Anjang) menunaikan fardhu haji di Mekah. Tok dan Nek Anjang berangkat ke Mekah pada 20 Oktober yang lalu. Marilah kita sama-sama doakan agar mereka berada di dalam keadaan sihat dan dipermudahkan Allah untuk menunaikan haji agar mendapat haji yang mabrur. Mereka akan pulang ke tanahair pada 4 Disember nanti.
Pak Ngah berhariraya dengan kawan sekerja

Baru-baru ini Pak Ngah berhariraya dengan kawan sekerja Pak Ngah. Hai seronok rasanya berhariraya bersama mereka. Paling seronok, setiap daerah kena sediakan makanan mengikut kedaerahan masing-masing. Apa lagi untuk daerah Muar, Pak Ngah dan rakan-rakan buat mee bandung. Tahun depan Pak Ngah cadang nak bawa Mak Ngah dan anak-anak sekali. Pasti lebih meriah.
Khamis, 12 November 2009
Keluarga Mahligai 139
Inilah keluarga kami. Kami terdiri daripada 5 adik-beradik. Semuanya telah berumahtangga. Yang kecil-kecil tu anak kami. 23 orang semuanya. Ibuku di tengah bertudung biru. Hjh Zainah Sulaiman namanya. Nak kenal yang lain-lainnya? Tunggu episod akan datang....bye..
Gambar ni diambil pada Hari Raya Pertama Aidil Fitri tahun ini. Seronoknya bila semua berkumpul.
Gambar ni diambil pada Hari Raya Pertama Aidil Fitri tahun ini. Seronoknya bila semua berkumpul.
Kenangan dengan Hj Aznil
Pak Ngah amat meminati beliau apabila menjadi pengacara. Suasana sesuatu majlis akan meriah apabila dia menjadi pengacara. Baru-baru ini sewaktu Majlis Pelancaran Astro Campus oleh YAB TPM kita di Pagoh, beliau menjadi pengacara. Apa lagi Pak Ngah ambil peluang bergambar dengannya. Terima kasih Hj Aznil kerana menerima pelawaan saya dengan baik dan mesra.
Hari Jadi Emak ke 63 Tahun
Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi;
Selamat hari jadi...emak,
Selamat hari jadi.
Selamat hari jadi;
Selamat hari jadi...emak,
Selamat hari jadi.
Itulah nyanyian kami untuk emak. Kami sambut harijadi emak yang ke 63 baru-baru ini pada 10/10/2009. Hai, seronok jugalah emak menyambutnya. Sibuk juga dia melayan cucu yang amat suka makan kek.
Langgan:
Catatan (Atom)












