Sabtu, 28 November 2009

Hari Raya Aidil Adha

Orang kampung berhari raya di rumah kami

Tahun ini Hari Raya Aidil Adha memberi 2 makna dalam hidup kami. Mak Ngah dan Abu Saifullah direhatkan di hospital kerana Abu Saifullah kena demam kuning. Jadi terpaksalah Mak Ngah dan Saifullah beraya di hospital. Walaubagaimanapun petang semalam (hari raya pertama) Mak Ngah dan Saifullah dah dibenarkan balik setelah 3 hari di hospital.

Pak Long dan kelurga pula tak disangka-sangka sampai pada petang sehari sebelum hari raya. Jadi sempatlah dia bertahlil dan bertakbir bersama-sama kami pada malam itu. Sufian pula tinggal di sini selama sebulan. Hari ini Sufian ikut Pak Husin ke Yong Peng, rumahnya.

Pak Lang dan Mak Lang biasalah. Dia sampai awal dan sampai hari ini masih di sini. Pak Usu dan Mak Usu sampai tenghari hari raya. Kalau dia sampai, huh, riuh dibuatnya. Papa Muda pula balik ke kampung emaknya dan lepas itu sibuk dengan urusan korban di suraunya. Beah pula sedang mengadap SPM, jadi mereka tak dapat balik. Tak apa la sebab dia orang semua tu selalu balik. Pak Ngah doakan agar Beah dipermudahkan menjawab soalan dan seterusnya berjaya dengan cemerlang.