Khamis, 9 Jun 2011

Hari Keluarga Di Linggi

Lama rasanya Pak Ngah tak tulis amenda di sini. Rindu gak Pak Ngah kat depa semua. Jadi hari ni Pak Ngah nak tulis sikit la luahan rasa hati Pak Ngah ni.

Baru-baru ni 4 dan 5 Jun, 2011, keluarga kami (Keluarga Nek Temah dan Tok Sahak) mengadakan Hari Keluarga kat Linggi. Pak Ngah sekeluarga rasa terkilan dan terharu gak kerana tak dapat sama. Tapi Mak Usu pi wakil kami keluarga Abu Hanipah.

Bila Pak Ngah tengok gambar-gambar video yang Mak Usu uploadkan dalam youtube, meleleh gak airmata Pak Ngah. Seronok depa semua. Ada macam-macam aktiviti depa buat. Seronok gak tengok Tok Mat tergolek rebut kerusi. Mat Tyson (Said) pakai baju pompuan, menang pulak tu ratu pon... Hai memang seronok. Tahniah bu at Tok Usu Inoi dan Mak Usu Idah yang berjaya menganjurkan buat kali kedua.

Pak Ngah sekeluarga mohon maaf la sebab tak dpt join tahun ni. Hari yang sama tarikh tu Pak Ngah ada kuliah kat Melaka. InsyaAllah, jika tiada aral, tahun depan Pak Ngan nak cuba join gak. Ok, semoga kaluarga kita akan sentiasa berada di dalam keadaan gembira dan diberi kesihatan yangb berpanjangan untuk terus bersama.

Tengoklah gelagat semua kat http://www.youtube.com/watch?v=bdRqrTpZjyU