Ahad, 15 November 2009

Hj Sulaiman Esa meninggal dunia

Nilah gambar atuk dengan emak kali terakhir di Hari Raya Aidilfitri

Hari ini 15/11/2009, merupakan hari sedih untuk keluarga kami. Ninda yang kami sayangi telah meninggalkan kami kira-kira jam 12.00 tengahari tadi. Beliau, Hj Sulaiman bin Esa yang dilahirkan pada 29/06/1910 berusia 99 tahun meninggal dunia kerana sakit tua. Jenazah beliau telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Tangkak jam 6.00 petang.

Marilah sama-sama kita doakan agar roh ninda kita di tempatkan di sisi Allah bersama-sama orang yang beriman. Sedekahkan fatihah untuk beliau. ALFATIHAH...